Organisasi PKK culik 52 orang di utara Iraq - Utusan Malaysia

Organisasi PKK culik 52 orang di utara Iraq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGHDAD: Organisasi pengganas PKK dilaporkan menculik seramai 52 penduduk di wilayah Sinjar, utara Iraq.

Menurut stesen Kurdistan 24, Komandan Peshmerga, Shemo Ido melaporkan kejadian itu menerusi satu kenyataan.

Jelas Ido, setakat ini, nasib mangsa yang diculik masih tidak diketahui.

Meskipun satu perjanjian ditandatangani antara kerajaan Iraq dan Kerajaan Wilayah Kurdistan (KRG) pada 9 Oktober 2020 yang menamatkan kehadiran PKK di Sinjar.

Namun, organisasi pengganas dilaporkan masih meningkatkan aktivitinya.

Organisasi PKK berjaya `bertapak’ di Sinjar pada tahun 2014 dengan alasan kononnya mahu melindungi masyarakat Yazidi daripada pengganas Daesh. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN