Gaji pekerja berdasarkan kecekapan, bukan warna kulit atau bangsa - Utusan Malaysia

Gaji pekerja berdasarkan kecekapan, bukan warna kulit atau bangsa

ORANG ramai berjalan di Orchard Road di Singapura. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Syarikat-syarikat harus menggajikan pekerja berdasarkan kecekapan dan kesesuaian mereka, dan bukan warna kulit, kata Menteri Undang-undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, K Shanmugam.

“Sekarang ini, TAFEP (Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil dan Progresif) mempunyai pelbagai peraturan mengenai diskriminasi di tempat kerja dan ia akan diberi kuasa lebih kukuh dalam undang-undang.

“Jadi, pekerjaan anda harus bergantung pada kemampuan dan kecekapan serta kesesuaian anda bagi pekerjaan itu, bukan pada warna kulit anda,” katanya dalam wawancara dalam buletin berita News Tonight di Saluran 5 seperti dilaporkan Berita Mediacorp.

Shanmugam berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan tentang bagaimana garis panduan TAFEP akan dilaksanakan ke atas syarikat yang tidak bersikap adil dalam pengambilan pekerja, setelah garis panduan itu ditetapkan dalam undang-undang.

Dalam ucapannya di Rapat Umum Hari Kebangsaan pada 29 Ogos, Perdana Menteri, Lee Hsien Loong mengumumkan garis panduan anti diskriminasi di tempat kerja akan menjadi undang-undang. Langkah itu akan memberi lebih banyak kuasa kepada TAFEP untuk mengambil tindakan terhadap majikan yang salah.

Di bawah garis panduan TAFEP sekarang ini, Kementerian Tenaga Manusia boleh menetapkan hukuman pentadbiran ke atas pesalah berulang, termasuk menyekat syarikat itu daripada mengambil pekerja asing.

Shanmugam berkata, matlamat undang-undang TAFEP adalah untuk memanfaatkan golongan minoriti serta kumpulan lain yang menghadapi diskriminasi di tempat kerja, seperti wanita.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, sama ada anda mendapat pekerjaan dan sama ada anda bekerja, prestasi anda harus berdasarkan kecekapan. Ia tidak harus berdasarkan usia, atau sama ada anda lelaki atau wanita, dan mengikut bangsa anda, warna kulit anda,” tegasnya.

Beliau juga menyentuh tentang rang undang-undang baru untuk mengekalkan keharmonian kaum di Singapura, dengan menarik perhatian cabaran bagi menentukan langkah-langkah di bawah undang-undang tersebut serta memastikan ia berkesan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN