Duterte sah tanding sebagai Naib Presiden - Utusan Malaysia

Duterte sah tanding sebagai Naib Presiden

RODRIGO Duterte mengesahkan akan bertanding sebagai Naib Presiden dalam Pilihan Raya Umum 2022. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Presiden Rodrigo Duterte secara rasmi menerima pencalonannya oleh Partido Demokratiko Pilipino-Lakas ng Bayan (PDP-Laban) untuk bertanding sebagai Naib Presiden dalam Pilihan Raya Umum 2022.

Perkara itu disahkan Setiausaha Tenaga, Alfonso Cusi yang juga Presiden PDP-Laban, lapor Manila Times.

Beliau turut menyiarkan gambar menunjukkan Duterte menandatangani pengakuan pencalonan dan penerimaan (CONA) bagi mengesahkan pencalonan berkenaan.

Dalam Perhimpunan Agung parti itu 8 September lalu, Duterte secara ‘cakap mulut’ menerima sokongan parti politik pemerintah itu untuk pencalonan Naib Presiden.

Bagi calon Presiden, Cusi, 76, menamakan Christopher Lawrence ‘Bong’ Go, namun, beliau menolaknya.

Go yang merupakan pembantu lama Duterte berulang kali menjelaskan tidak berminat merebut jawatan Presiden kerana mahu memfokuskan tugasnya sebagai Senator.

Penggal pentadbiran Duterte akan berakhir tahun depan dan beliau tidak boleh meneruskan pemerintahan bagi penggal kedua berdasarkan Perlembagaan.

Namun pencabarnya­ percaya beliau mahu mengekalkan kuasa bagi mengelak sebarang tindakan undang-undang.

Menurut Duterte, keputusannya bertanding sebagai Naib Presiden didorong oleh ‘rasa cintanya kepada negara’.

“Saya ingin melihat ke­sinambungan usaha yang sudah dijalankan walaupun bukan lagi memberikan arahan, tetapi saya boleh membantu,” jelasnya.

Menurut Duterte, beliau dan Go tidak akan merebut jawatan itu jika Sara Duterte-Carpio mencalonkan diri sebagai Presiden.

Sara yang juga Datuk Bandar Davao merupakan anak perempuan Duterte.

Bagaimanapun Sara mengesahkan tidak akan bertanding sebagai Presiden susulan res­pons bapanya itu.

Penyerahan pencalonan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya akan bermula bulan depan.

Pilihan raya 2022 bertambah menarik apabila legenda petinju, Manny Pacquiao mengesahkan untuk merebut jawatan Presiden.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya