Covid-19: Kemunculan varian C.1.2 resahkan pakar - Utusan Malaysia

Covid-19: Kemunculan varian C.1.2 resahkan pakar

PENYELIDIK belum dapat mengesahkan sama ada mutasi varian C.1.2 lebih berbahaya daripada varian lain. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAPE TOWN: Pakar penyelidikan genetik menzahirkan kebimbangan melihat kemunculan varian baharu Covid-19 yang mempunyai banyak persamaan seperti varian lain termasuk Alpha, Beta dan Gamma. 

Lapor CNN, varian yang dikenali sebagai C.1.2 menular di seluruh Afrika Selatan termasuk di tujuh negara lain di Afrika, Asia dan Pasifik. 

Para penyelidik belum dapat mengesahkan sama ada mutasi jenis varian itu lebih berbahaya, tetapi ia membawa perubahan kepada varian lain untuk meningkatkan kebolehjangkitan terhadap tindak balas sistem kekebalan tubuh badan manusia hingga tahap tertentu. 

Pasukan penyelidik yang turut dianggotai ahli virologi dari Institut Penyakit Berjangkit Afrika Selatan, Penny Moore menjelaskan mutasi yang lebih banyak tidak semestinya lebih berbahaya.

“Kami sedang menilai kesan varian ini pada peneutralan antibodi berikutan jangkitan koronavirus atau vaksinasi terhadap koronavirus di Afrika Selatan.

“Varian ini dikesan semasa jangkitan gelombang ketiga sejak Mei lalu dan dikaitkan dengan penularan varian baharu,” katanya dalam laporan. 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenal pasti empat jenis varian iaitu Alpha atau B.1.1.7, Beta (B.1.351), Gamma (P.1) dan Delta (B.1.617.2). 

Varian yang mempunyai mutasi yang membimbangkan dan menyebabkan kluster penyakit termasuk Eta (B.1.525), Iota (B.1526), Kappa (B.1.617.1) dan Lambda (C.37). 

Ketua Teknikal Covid-19 WHO, Maria Van Kerkhove berkata, bilangan individu yang disahkan positif akibat dijangkiti varian C.1.2 sangat sedikit. 

“Sehingga kini, hanya terdapat sekitar 100 kes dikaitkan dengan varian C.1.2 yang dilaporkan di seluruh dunia dan kes varian itu belum meningkat,” jelasnya.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.