Calon Presiden Perancis mahu nama Muhammad dilarang guna - Utusan Malaysia

Calon Presiden Perancis mahu nama Muhammad dilarang guna

ERIC ZEMMOUR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang ahli polemik dan penulis sayap kanan yang bakal mencalonkan diri sebagai Presiden Perancis mencetuskan kontroversi baharu dengan meminta larangan terhadap nama-nama Islam seperti Muhammad.

Dikenali dengan penampilan yang tegas, Eric Zemmour sering meminta umat Islam di negara itu menerapkan adat dan budaya tradisional Perancis.

Menjelang pelancaran buku terbaharunya berjudul ‘La France Na Pas Dit Son Dernier Mot’ (Perancis belum mengeluarkan kata terakhir), Zemmour berkata, sekiranya terpilih sebagai Presiden, dia akan mengembalikan undang-undang yang diperkenalkan oleh Napoleon Bonaparte.

Undang-undang itu berkenaan nama dari kalendar orang Kristian dan berasal dari ‘sejarah kuno’ yang pernah dihapuskan oleh Presiden Sosialis, Francois Mitterand, 1993.

“Saya akan mewujudkan semula undang-undang 1803. Lelaki Perancis tidak boleh lagi memberikan nama anak lelaki mereka sebagai Muhammad.

“Saya fikir kita harus mengembalikan semula orang Perancis. Generasi pendatang dahulu menukar nama mereka (untuk menggunakan orang Perancis).

“Tiada sebab kenapa kita tidak boleh melakukan perkara yang sama. Apa yang mengganggu saya selepas tiga generasi, orang masih memanggil anak-anak mereka sebagai Muhammad,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN