Banduan warga emas diseksa, dipaksa minum air tandas - Utusan Malaysia

Banduan warga emas diseksa, dipaksa minum air tandas

GAMBAR hiasan - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Seorang banduan warga emas dari Britain mendakwa dirinya diseksa termasuk dipukul oleh warden penjara ketika menjalani hukuman penjara di Dubai.

Lapor The Sun, perkara itu didedahkan oleh sebuah kumpulan advokasi, Detained in Dubai.

Albert Douglas, 60, yang dipenjara sejak awal tahun ini, dipaksa minum air tandas dan melihat banduan lain diseksa secara kejam.

Menurut Detained in Dubai, Douglas kini dibawa ke hospital untuk menjalani pembedahan di bahagian bahunya yang terkehel sejak lima bulan lalu.

Jelas kumpulan advokasi itu, doktor terkejut melihat keadaan warga emas itu yang tidak mendapat rawatan diperlukan lebih awal akibat kecederaan dialaminya.

Sejak ditahan tujuh bulan lalu, Douglas dipukul oleh warden, tidak diberikan ubat rawatan sakit jantung, diseksa dan dilayan tanpa perikemanusiaan serta dipaksa meminum air dari tandas.

“Douglas kerap disoal siasat dan juga diugut agar dia mengaku melakukan kesalahan tersebut,” kata kumpulan itu.

Taikun perniagaan berasal dari London, pertama kali ditahan berhubung kes cek tendang yang didakwa tidak ditulis oleh Douglas.

Kes cek itu berkaitan dakwaan hutang syarikat dimiliki anaknya yang akhirnya gulung tikar, Wolfgang.

Douglas didenda sebanyak 2.5 juta pound (RM14.3 juta) meskipun dikatakan tidak mempunyai peranan dalam syarikat itu dan dikenakan hukuman penjara selama tiga tahun selepas gagal dalam rayuan di mahkamah.

Dilaporkan, walaupun laporan forensik membuktikan cek itu bukan milik Douglas, warga emas tersebut masih dikenakan beberapa tuduhan lain.

Ahli keluarga Douglas bimbang dengan keadaan warga emas itu di penjara sekiranya masih diberi layanan demikian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya