Banduan lolos dari penjara guna identiti tahanan lain  - Utusan Malaysia

Banduan lolos dari penjara guna identiti tahanan lain 

ELLEN Renay Goble
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang banduan wanita di Randolph, Amerika Syarikat (AS) berjaya melarikan diri dari penjara selepas menggunakan identiti tahanan lain untuk menipu warden.

Memetik laporan ABC 17 News, banduan wanita yang dikenali sebagai Ellen Renay Goble, 24, ditahan atas lima tuduhan.

Wanita itu dilaporkan memiliki rambut dan anak mata berwarna coklat.

Menurut Pejabat Sherif Randolph, Goble bukan ancaman kepada orang awam kerana wanita itu tidak mempunyai rekod jenayah kekerasan.

Namun, sebagai langkah berjaga-jaga dan mengelakkan berlaku perkara tidak diingini, pejabat sherif meminta orang ramai sentiasa berhati-hati.

Jelasnya, kejadian itu berlaku apabila Goble menggunakan identiti tahanan lain di penjara itu untuk melarikan diri.

Warden penjara tidak menyedari helah wanita tersebut sehingga diberitahu oleh banduan di penjara itu bahawa Goble ‘berpura-pura menjadi orang lain’.

“Kami segera mencari wanita itu, malah pegawai serta warden juga melakukan pemeriksaan kali kedua dan mengesahkan Goble tidak sepatutnya dibebaskan,” jelasnya.

Sherif Aaron Wilson kini menubuhkan sebuah pasukan khas untuk mencari Goble dan menyiasat kes banduan yang melarikan diri.

Goble yang tinggal di county Randolph dipercayai bersembunyi di kawasan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya