KUALA LUMPUR: Penyanyi, Nourul Wahab Depp, tidak meletakkan harapan untuk berduet bersama bekas suaminya, Ajai di masa akan datang.
Sebaliknya Nourul, 48, menyerahkan perkara itu kepada ketentuan Allah S.W.T.
“banyak ya bualan, apa ini apa itu. Sekejap ya. Tarik nafas sekejap. Nak kaji, fikir.
“Muhasabah diri dan kita tengok nanti ya macam mana.
“Apa pun berserah pada Dia. Kalau ada, adalah,” kongsinya menerusi Threads.
Terdahulu Ajai memaklumkan tidak menolak untuk berduet dengannya Namun menunggu masa yang tepat. – UTUSAN










