83 kes penderaan libat pekerja WHO di Congo - Utusan Malaysia

83 kes penderaan libat pekerja WHO di Congo

SEORANG petugas kesihatan sedang menyuntik vaksin Ebola kepada kanak-kanak di Goma, Congo pada Ogos 2019. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENI: Seramai 21 pekerja Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Congo didakwa melakukan penderaan seksual terhadap penduduk di negara itu ketika wabak Ebola.

Perkara itu didedahkan oleh sebuah panel yang ditugaskan WHO, menerusi satu laporan yang mengesan seramai 83 pelaku didakwa terlibat dalam misi 2018-2020.

Pendedahan itu dibuat beberapa bulan selepas siasatan agensi berita AP mendapati pengurusan kanan WHO dimaklumkan mengenai pelbagai kes penderaan sejak 2019.

Namun, WHO didakwa gagal menghentikan gangguan tersebut bahkan menaikkan pangkat salah seorang pengurus yang terlibat dalam kes berkenaan.

Pasukan penyiasat panel mengenal pasti 83 individu terdiri daripada rakyat Congo dan warga asing yang didakwa melakukan penderaan seksual dan eksploitasi.

Dalam 21 kes, pasukan tersebut berjaya membuktikan pelaku berkenaan merupakan pekerja WHO dan melakukan perbuatan itu ketika wabak Ebola.

“Ini merupakan penemuan terbesar penderaan seksual yang membabitkan inisiatif Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sebuah kawasan atau negara dalam tempoh masa tertentu melaksanakan bantuan kemanusiaan,” kata Pengarah Bersama Code Blue Campaign, Paula Donovan.

Code Blue Campaign berusaha mengakhiri eksploitasi seksual oleh pasukan keamanan PBB.

Seorang ahli panel, Malick Coulibaly berkata, pasukan penyiasat juga menemukan sebanyak sembilan kes tuduhan merogol.

“Mangsa yang ditemubual mendakwa penyerang itu tidak menggunakan alat pencegahan kehamilan sehingga menyebabkan mereka mengandung.

“Beberapa wanita menyatakan individu berkenaan turut memaksa mereka menggugurkan kandungan,” kata Coulibaly.

Sementara itu, menurut laporan, seorang mangsa yang berusia 13 tahun dan hanya dikenali sebagai Jolianne menceritakan semula kejadian dirinya dirogol.

“Seorang pemandu WHO berhenti di tepi jalan pekan Mangina yang mana Jolianne sedang menjual sim  kad telefon pada April 2019.  Lelaki itu kemudian menawarkannya untuk menghantar pulang ke rumah.

“Sebaliknya, lelaki itu membawa Jolianne ke sebuah hotel dan merogolnya,” jelas laporan tersebut. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya