24.7 peratus kanak-kanak di Papua kahwin bawah umur - Utusan Malaysia

24.7 peratus kanak-kanak di Papua kahwin bawah umur

SEBANYAK 24.7 peratus kanak-kanak dan remaja di Papua berkahwin di bawah umur 19 tahun. – ANTARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pertubuhan Wahana Visi Indonesia (WVI) mendedahkan sebanyak 24.7 peratus kanak-kanak dan remaja di Papua berkahwin di bawah umur 19 tahun.

Malah, WVI memaklumkan terdapat juga kanak-kanak yang berkahwin seawal usia 10 tahun.

Lapor CNN Indonesia, data itu diperoleh menerusi kajian dijalankan di empat daerah dan bandar iaitu Jayapura, Jayawijaya, Biak Numfor dan Asmat.

“Statistik perkahwinan kanak-kanak bawah umur adalah amat tinggi,” kata seorang penyelidik WVI dalam talian, Agustinus Agung.

Menurut Agustinus, kes perkahwinan kanak-kanak bawah umur di daerah Asmat mencecah 30 peratus.

Dearah Asmat merekodkan jumlah perkahwinan kanak-kanak bawah umur yang paling tinggi di Papua.

Ia diikuti dengan Jayapura yang mencatatkan 21.87 peratus, Jayawijaya (18.23 peratus) dan Biak Numfor (17.93 peratus).

Jelas Agustinus, banyak faktor mempengaruhi kadar peratusan tinggi perkahwinan kanak-kanak bawah umur di Papua.

Antara faktornya, ramai ibu bapa berpandangan langkah itu dapat menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh mereka.

“Kanak-kanak dianggap sebagai penyelesaian untuk keluar daripada kemiskinan,” katanya.

Sementara itu, WVI mendapati kadar peratusan kanak-kanak bawah umur yang mengandung juga adalah amat tinggi.

Sebanyak 28.57 peratus kanak-kanak bawah umur di Asmat dilaporkan mengandung.

Ia diikuti dengan Jayawijaya yang mencatatkan 20.65 peratus, Biak Numfor (17.94 peratus) dan Jayapura (17.46 peratus).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya