1,251 rakyat Indonesia sertai kumpulan pengganas - Utusan Malaysia

1,251 rakyat Indonesia sertai kumpulan pengganas

BOY Rafli Amar mendedahkan senarai rakyat Indonesia menjadi pengganas asing di Jakarta, semalam. – ANTARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Agensi Pencegahan Keganasan Kebangsaan Indo­nesia (BNPT) mendedahkan se­ramai 1,251 rakyat negara ini men­jadi pejuang pengganas asing (FTF).

Lapor Republika, Ketua BNPT, Boy Rafli Amar berkata, semua warga Indonesia tersebut terjebak dengan propaganda Daesh.

“Data terkumpul menerusi kerjasama dengan rangkaian perisikan sedia ada termasuk Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), sejumlah 1,251 warganegara Indonesia berada di zon konflik sebagai FTF.

“Kemudiannya, seramai 111 orang dilaporkan meninggal dunia, 195 orang pulang semula ke tanah air manakala 556 da­ri­pada mereka merupakan ta­hanan.

“Jadi, terdapat seramai 2,113 orang,” katanya dalam sa­tu sesi pendengaran dengan Suruhanjaya III Dewan Per­wakilan Rak­yat (DPR) di bangunan Parlimen dekat sini semalam.

Menurut Boy Rafli, terdapat se­ramai 529 warganegara In­donesia berada di Syria.

“Daripada jumlah itu, se­ramai 115 berada di kem, 21 orang di penjara, 16 di sempadan Turki dan 377 lagi tidak ketahui keberadaan mereka,” katanya.

Jelas beliau, sebanyak 13 rak­yat Indonesia pula merupakan FTF di Filipina.

“Sebanyak 11 orang dila­por­kan meninggal dunia di sana (Filipina), empat orang pu­lang ke tanah air dan tujuh orang merupakan tahanan, jadi jumlah keseluruhannya adalah 35 orang.

“Di Afghanistan, mereka turut berada di kawasan kon­flik. Kami menerima maklumat kira-kira 10 orang berpindah dari Syria, dua orang meninggal dunia, 11 sebagai tahanan. Jumlahnya 23 orang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN