100,000 babi terpaksa dibunuh - Utusan Malaysia

100,000 babi terpaksa dibunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Golongan peladang terpaksa menghapuskan hampir 100,000 babi akibat kekurangan tukang sembelih yang bekerja di rumah sembelihan selepas isu Brexit.

Lapor Daily Mail, binatang itu diancam bunuh dan dibakar kerana Menteri Perumahan, Priti Patel gagal mengiklankan pekerjaan itu dalam senarai pekerjaan yang mengalami kekurangan tenaga sumber yang sepatutnya membenarkan kemasukan tukang sembelih dari negara luar memasuki United Kingdom menerusi visa pekerja berkemahiran.

Ladang babi merupakan industri terkini yang dilanda kekurangan pekerja selepas ratusan ribu penduduk Kesatuan Eropah (EU) pulang ke negara asal masing-masing selepas Brexit dan pandemik melanda.

Ketua Eksekutif Persatuan Babi Kebangsaan, Dr. Zoe Davies berkata, kekurangan 15 peratus tukang sembelih menyebabkan 85,000 babi menunggu untuk disembelih, sekali gus berlaku peningkatan sebanyak 15,000 ekor setiap minggu.

Katanya, lebih 200,000 babi dihantar ke restoran setiap minggu.

Sekiranya, haiwan itu tidak disembelih, ia perlu dimusnahkan bagi mengurangkan kos pemberian makanan.

Minggu lalu, syarikat makanan segera, Greggs turut memberi peringatan kepada pelanggan kerana kekurangan produk sama seperti dialami oleh McDonald’s, Nando’s, KFC dan Subway.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya