Vaksin ketuhanan: Bacaan Yasin setiap malam, doa hentikan Covid-19 - Utusan Malaysia

Vaksin ketuhanan: Bacaan Yasin setiap malam, doa hentikan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR SERI BEGAWAN: Membaca surah Yasin pada ketika ini merupakan salah satu usaha negara melalui pendekatan vaksin ketuhanan untuk mengajak orang ramai dalam sama-sama berdoa agar Brunei dapat menghentikan wabak Covid-19 yang melanda ketika ini, iaitu dengan izin Allah jua.

Pelita Brunei melaporkan, bagi memohon perlindungan daripada wabak tersebut, An-Naghom Enterprise, sejak bermulanya gelombang kedua Covid-19, iaitu pada 12 Ogos lalu, memulakan semula pembacaan surah Yasin dan doa tolak bala secara langsung dalam talian.

Pembacaan surah Yasin pernah diadakan pada tahun lalu sewaktu negara dilanda penularan buat pertama kali.

Melalui saluran Instagram ‘live’, sambutan daripada orang ramai juga begitu menggalakkan dan diteruskan lagi kali ini.

Ketua Pegawai Eksekutif An Naghom Enterprise, Awang Ahmad Zulwaqar Suhaili berkata, majlis seumpamanya adalah bagi mengelakkan perkumpulan ramai juga penularan wabak Covid-19.

Majlis yang diadakan pada setiap malam itu, katanya, juga mampu menjadi aktiviti dalam fasa ‘stay at home’, di samping menambah amal ibadat, cara ini juga, bertujuan untuk meluangkan masa bersama keluarga dengan aktiviti berfaedah.

“Harapan saya secara peribadi untuk umat Islam di negara ini, agar dapat bersabar dan tabah dalam menempuhi ujian daripada Allah dan jika sekiranya kedatangan kali kedua wabak ini adalah disebabkan oleh dosa-dosa dan kelalaian kita, semoga Allah mengurniakan keampunan dan perlindungan kepada kita semua.

“Dalam fasa ini, mungkin inilah masanya untuk kita semua menambah amal ibadat, selain mengikuti arahan yang diberikan oleh pihak kerajaan, seperti keluar rumah jika ada keperluan sahaja dan pastikan untuk mendapatkan suntikan vaksin demi menjaga salah satu maqasid syariah, iaitu ‘hifzunafs’, menjaga nyawa sendiri dan orang lain,” jelasnya.

Menyentuh mengenai latar belakang An-Naghom Enterprise, ia adalah sebuah kumpulan, terdiri daripada beberapa barisan belia, merupakan alumni dari institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan dan luar negara, di mana pada masa ini, ada juga yang menjawat jawatan di sektor kerajaan.

Ia mula ditubuhkan pada tahun 2009 dan berdaftar secara rasmi sebagai sebuah syarikat, pada 2017.

Sebelum ini, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bertitah mengenai pendekatan Brunei yang menggunakan ‘vaksin ketuhanan’ dalam mengekang penularan Covid-19.

Vaksin itu berupa doa, zikir, bacaan al-Quran dan amalan sedekah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya