PRN Johor: Gerakan mahu bertanding tujuh kerusi DUN - Utusan Malaysia

PRN Johor: Gerakan mahu bertanding tujuh kerusi DUN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) berhasrat untuk bertanding tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang telah ditetapkan pada 11 Julai depan.

Presidennya, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai bagaimanapun memberitahu kerusi-kerusi yang bakal ditandingi parti berkenaan masih belum dimuktamadkan.

“Jawatankuasa Negeri telah bercadang untuk bertanding tujuh kerusi di negeri Johor.

“Tetapi apakah kerusi-kerusi itu adalah yang dicadangkan atau tidak, perkara itu belum muktamad, jadi kita tunggu apa-apa perubahan,” katanya ketika diminta mengulas berhubung jumlah kerusi yang akan ditandingi Gerakan pada PRN Johor.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Bilik Gerakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Gerakan Johor, Teo Kok Chee memberitahu, pihaknya telah menyerahkan nama-nama kerusi DUN yang ingin ditandinginya kepada kepimpinan tertinggi parti untuk dimuktamadkan.

“Antara kerusi yang Gerakan Johor berhasrat untuk bertanding termasuk DUN Bukit Batu, Perling, Penggaram dan Puteri Wangsa,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN