Thai Airways jual aset pulih 'perniagaan yang sakit' - Utusan Malaysia

Thai Airways jual aset pulih ‘perniagaan yang sakit’

GAMBAR fail pada 10 September 2020 menunjukkan kru kabin Thai Airways menghidang minuman di restoran bertemakan pesawat di Bangkok. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Thai Airways International (Thai Airways) bertindak menjual 10 hartanah dan bangunan miliknya di seluruh negara dalam usaha mengumpul dana untuk memulihkan ‘perniagaan yang sakit’, menurut sumber syarikat penerbangan.

Bangkok Post melaporkan, sumber mengatakan syarikat penerbangan itu ingin menjual sejumlah aset terbesarnya untuk meningkatkan aliran tunai kerana syarikat itu berusaha menyusun semula hutang 245 bilion baht melalui pelbagai kaedah.

Syarikat penerbangan itu juga memperkenalkan skim cuti tanpa gaji dan potongan gaji untuk kakitangan.

Sejumlah 10 hartanah dan bangunan yang dijadualkan dijual adalah di Bangkok selain di Khon Kaen, Chiang Mai, Chiang Rai, Phuket dan Phitsanulok.

Bangunan yang akan dimasukkan dalam pasaran adalah bangunan yang berfungsi sebagai pejabat syarikat penerbangan.

Ini termasuk bangunan empat tingkat di Silom Road, bangunan pejabat lapan tingkat dengan bangunan tempat letak kereta enam tingkat di Lan Luang Road, dan bangunan dua tingkat yang disebut ‘Rak Khun Thao Fa’ di Lapangan Terbang Don Mueang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya