Penyelidik cipta pelitup muka perak-tembaga neutralkan Covid-19, boleh dicuci sehingga 10 kali - Utusan Malaysia

Penyelidik cipta pelitup muka perak-tembaga neutralkan Covid-19, boleh dicuci sehingga 10 kali

PELITUP muka tidak lagi perlu diwajibkan kepada orang ramai apabila nilai kadar kebolehjangkitan berada di bawah nilai 1, kata pakar kesihatan awam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Penyelidik di National Autonomous University of Mexico (UNAM) mencipta pelitup muka yang dilapisi kepingan nano perak dan tembaga bagi meneutralkan SARS-CoV-2 iaitu virus penyebab Covid-19.

Menurut warta rasmi UNAM seperti dilaporkan Reuters, UNAM menamakan pelitup muka tiga lapisan itu sebagai SakCu. Sak membawa maksud perak dalam bahasa Maya manakala Cu pula adalah simbol kimia bagi tembaga.

Untuk menguji pelitup itu, penyelidik mengambil titisan mengandungi virus daripada pesakit positif Covid-19 di Hospital Juarez di Mexico dan meletakkannya pada lapisan perak tembaga itu.

UNAM menyatakan bahawa jika kepekatan virus itu tinggi, lebih 80 peratus virus tersebut akan hilang dalam masa kira-kira lapan jam. Jika beban virus adalah rendah, tiada RNA (asid ribonukleik) virus dapat dikesan dalam masa dua jam.

“Sebaik sahaja berlaku sentuhan pada lapis nano perak tembaga, membran SARS-CoV-2 pecah dan RNA rosak.

“Oleh itu, walaupun SakCu dibuang dengan cara yang tidak betul, ia tidak akan menjadi masalah kerana tidak akan terus tercemar, seperti banyak pelitup lain yang dibuang,” menurut warta itu.

Pelitup muka itu boleh digunakan semula dan boleh dicuci hingga 10 kali tanpa kehilangan ciri biosidanya.

UNAM tidak akan menghasilkan pelitup itu dalam jumlah yang besar dan menyatakan ia buat masa ini mempunyai keupayaan menghasilkan 200 pelitup sehari.

Kajian itu diterajui Institut Kajian Bahan UNAM. Ia belum lagi disemak oleh para pengkaji lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN