Lebih 40 orang awam maut di Mali - Utusan Malaysia

Lebih 40 orang awam maut di Mali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAMAKO: Lebih 40 orang awam maut di utara Mali ketika anggota militan melakukan serangan di tiga perkampungan berhampiran sempadan dengan Niger.

Perkara itu disahkan oleh pegawai tentera dan tempatan.

“Lebih 40 orang awam terbunuh oleh militan semalam di kampung Karou, Ouatagouna dan Daoutegeft.

“Kumpulan pengganas menyerang perkampungan tersebut dan membunuh semua penduduk di sana,” kata seorang pegawai yang enggan mendedahkan identitinya.

Seorang pegawai tempatan yang juga enggan dikenali memaklumkan kira-kira 20 orang awam dibunuh di Karou.

Seramai 14 orang awam maut di Ouatagouna dan baki terbunuh di Daoutegeft. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN