Dulu menteri Afghanistan, kini penghantar makanan di Jerman - Utusan Malaysia

Dulu menteri Afghanistan, kini penghantar makanan di Jerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEIPZIG: Sayed Sadaat dahulunya merupakan menteri di Afghanistan sebelum beliau meletak jawatan kerana ‘letih’ dengan skandal rasuah yang berleluasa.

Kini, Sayed menetap di Jerman dan mencari rezeki dengan menghantar makanan menggunakan basikal.

Selama enam jam sehari pada hari biasa dan dari tengah hari hingga 10 malam pada Sabtu serta Ahad, Sayed dengan kot jingga mengayuh basikal membawa makanan yang ditempah penduduk.

“Tiada apa yang hendak dimalukan. Kerja adalah kerja.

“Jika ada kerja, maknanya ada permintaan dan perlu ada orang melakukan kerja itu,” katanya.

Sayed merupakan seorang daripada ribuan penduduk Afghanistan yang melarikan diri ke Jerman sejak beberapa tahun lalu.

Sejak 2015, Eropah berdepan dengan kemasukan pendatang yahg ramai dari Syria dan Iraq serta 210,000 penduduk Afghanistan.

Hal itu menjadikan rakyat Afghanistan kedua paling banyak di Eropah selepas Syria.

Sayed merupakan Menteri Komunikasi Afghanistan dari 2016 sehingga 2018, namun bekas pemimpin berusia 50 tahuh itu meletak jawatan kerana beliau bosan dengan kegiatan rasuah yang kritikal di negara itu.

“Apabila berkhidmat sebagai menteri, terdapat perbezaan antara menjadi orang kanak presiden dan diri sendiri.

“Saya tidak boleh melihat duit yang sepatutnya digunakan untuk kebajikan rakyat disalah guna untuk hal yang tidak sewajarnya,” ujarnya.

Sementara itu, Sayed memaklumkan beliau kini masih mempelajari bahasa Jerman dan pekerjaannya membolehkan beliau menyara diri.

Jelasnya, beliau dibayar sehingga 15 euro (RM74) sejam bagi menghantar makanan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya