Bunyi tingkap pecah selamatkan warden, pelajar tahfiz dalam kebakaran asrama

Bunyi tingkap pecah selamatkan warden, pelajar tahfiz dalam kebakaran asrama

KEADAAN asrama Madrasah Tahfiz Nurul Mukhtar yang musnah akibat kebakaran dalam kejadian di Kampung Gong Kepas Dalam, Besut, Terengganu. - UTUSAN / WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT:  Seorang tenaga pengajar bersama lima pelajar Madrasah Tahfiz Nurul Mukhtar  di Kampung Gong Kepas Dalam di sini, berdepan detik cemas apabila bangunan asrama terbakar hari ini.

Warden Asrama, Muhammad Syahril Muhammad Shamsudin berkata, kejadian berlaku ketika semua pelajar sedang berehat dan menikmati sarapan pagi di dewan makan selepas menamatkan pengajian kelas, kira-kira pukul 8.40 pagi.

Katanya, kebakaran itu disedari selepas mereka mendengar bunyi  cermin tingkap pecah sebelum meminta seorang pelajar  turun memeriksanya. 

“Ketika kejadian saya bersama dengan lima pelajar berada di tingkat dua sedang berbincang beberapa perkara sebelum terdengar bunyi tingkap pecah, susulan itu saya minta seorang pelajar  ke tingkat bawah untuk lihat apa yang berlaku. 

“Bagaimanapun pelajar tersebut tidak sempat turun selepas melihat api mula marak dari bahagian tepi bangunan tingkat dua tempat kami berkumpul,” katanya di Madrasah Tahfiz Nurul Mukhtar.

Katanya, dia segera mengarahkan beberapa pelajar mengambil alat pemadam kebakaran bagi mengawal api daripada terus merebak. 

Menurutnya, usaha itu gagal apabila api marak dengan cepat sehingga menyebabkan stor penyimpanan tilam terbakar sebelum mereka menghubungi pasukan bomba. 

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Besut, Muhammad Tarmimi Che Musa berkata, kebakaran dapat dikawal pada pukul 10.01 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 11.26 pagi dengan bantuan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jertih.

“Kebakaran melibatkan sebuah asrama tahfiz tiga tingkat jenis separuh kekal dengan anggaran kemusnahan sekitar 80 peratus,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN