Dua penumpang disimbah asid di stesen kereta api Tokyo - Utusan Malaysia

Dua penumpang disimbah asid di stesen kereta api Tokyo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Dua penumpang kereta api bawah tanah diserang dengan cecair asid di stesen Shirokane Takanawa, Tokyo.

Seorang mangsa berusia 22 tahun yang merupakan ahli perniagaan melecur di bahagian muka selepas suspek menyembur cecair kepadanya di kawasan eskalator.

Penyiar tempatan, NHK melaporkan mangsa cedera parah akibat semburan cecair yang dikenal pasti sebagai asid sulfurik.

Seorang lagi mangsa adalah wanita berusia 34 tahun yang mengalami kesan luka terbakar di bahagian kaki.

Serangan berlaku semasa acara pembukaan Sukan Paralimpik Tokyo diadakan dengan kawalan ketat di ibu negara Jepun, malam semalam.

Pihak polis berkata, suspek dipercayai dalam lingkungan umur pertengahan masih bebas dan pihaknya sedang giat melakukan rondaan di kawasan itu.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya