Calon pengetua dicari dengan tawaran gaji RM331,009 - Utusan Malaysia

Calon pengetua dicari dengan tawaran gaji RM331,009

SEKOLAH Rendah Fair Isle sedang mencari individu yang layak untuk mengisi jawatan pengetua. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sebuah pulau terpencil di Britain yang hanya mempunyai seramai 60 penduduk, dilaporkan sedang mencari individu berkelayakan untuk mengisi jawatan pengetua sekolah rendah yang mempunyai tiga murid.

Lapor Metro, pencari kerja yang berminat dijemput untuk memohon tawaran pekerjaan itu yang disifatkan sebagai `peluang sekali seumur hidup’.

Menurut satu iklan tawaran kerja, individu yang berjaya mendapat pekerjaan di Sekolah Rendah Fair Isle bakal menerima gaji sebanyak 56,787 pound (RM331,009) setahun untuk jawatan tetap.

Malah, mereka hanya perlu bekerja selama 35 jam seminggu.

Selain itu, individu tersebut juga akan menerima bayaran elaun tahunan sebanyak 2,265 pound (RM13,189) dibawah Elaun Kepulauan Jauh Scotland.

Sekolah Rendah Fair Isle yang dimiliki oleh National Trust for Scotland sejak tahun 1954, terletak kira-kira 40.23 kilometer (km) selatan Shetland dan jarak yang sama di utara Orkney.

“Untuk ke lokasi tersebut dari Shetland, anda perlu mengambil penerbangan selama 25 minit atau perjalanan feri selama dua setengah jam,” jelas iklan itu.

Tambah iklan tersebut, kos pengangkutan dan perbelanjaan lain akan dibayar kepada mana-mana individu yang bersedia melakukan perjalanan jauh untuk menghadiri temuduga tersebut.

“Pakej gaji penempatan semula juga akan ditawarkan kepada individu yang berjaya mendapat pekerjaan itu,” jelas iklan itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya