Australia rekod kematian lebih 1,000 akibat Covid-19 - Utusan Malaysia

Australia rekod kematian lebih 1,000 akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Jumlah kematian akibat Covid-19 di Australia sudah mencecah ribuan ketika negara ini terus meningkatkan usaha bagi mengekang penularan jangkitan.

Setakat ini, sebanyak 1,003 kematian direkodkan di seluruh negara, menyaksikan Australia menjadi antara negara yang mencatatkan kadar kematian terendah akibat Covid-19 sejak pandemik bermula.

Namun, negara ini terus merekodkan peningkatan kes jangkitan dari semasa ke semasa biarpun pelbagai langkah diambil oleh pihak berkuasa.

Peningkatan kes mendadak di Sydney menyebabkan pihak berkuasa Australia berdepan dengan tekanan dan kritikan daripada pelbagai pihak.

Hari ini, negeri New South Wales merekodkan empat kematian baharu dengan kes jangkitan harian sebanyak 1,218.

Pihak berkuasa kesihatan Australia juga memberi amaran jumlah kematian dan kemasukan ke hospital dijangka terus meningkat sehingga Oktober ini.

Lebih separuh daripada penduduk Australia menjalani perintah berkurung, termasuk di Sydney, Melbourne dan Canberra.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya