70 peratus penduduk dewasa Eropah sudah menerima vaksinasi lengkap - Utusan Malaysia

70 peratus penduduk dewasa Eropah sudah menerima vaksinasi lengkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS: Ketua Kesatuan Eropah (EU), Ursula von der Leyen hari ini memaklumkan sebanyak 70 peratus penduduk dewasa di blok tersebut sudah menerima vaksinasi lengkap.

Leyen memaklumkan perkara itu menerusi rakaman video yang disiarkan secara dalam talian.

“Hari ini, kita memperoleh satu lagi perkembangan positif dalam program vaksinasi Covid-19.

“Sebanyak 70 peratus penduduk dewasa di EU sudah menerima vaksinasi lengkap,” katanya.

Kejayaan itu secara tidak langsung mencapai sasaran yang dianggarkan sebelum ini.

Pada Januari lalu, EU menyasarkan 70 peratus penduduk dewasa akan menerima vaksinasi lengkap pada musim panas ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya