11 orang maut dalam kemalangan bot di Peru - Utusan Malaysia

11 orang maut dalam kemalangan bot di Peru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIMA: Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut dan beberapa lagi hilang selepas dua bot bertembung di Amazon, Peru, semalam.

TV Peru melaporkan, kemalangan itu berlaku pada pukul 5.30 pagi (waktu tempatan) di Sungai Huallaga di Muyuna.

Jelas laporan itu, sebuah bot yang sesak dengan penumpang menuju ke bandar Yurimaguas bertembung dengan kapal membawa muatan barangan pada awal pagi.

“Setakat kini, sejumlah orang yang belum ditentukan hilang, 11 maut dan enam cedera,” jelas Institut Pertahanan Awam Kebangsaan menerusi kenyataan.

Anggota penyelamat, pasukan bomba dan polis melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang.

Menurut mangsa, beberapa keluarga termasuk 20 kanak-kanak antara penumpang yang berada di bot tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN