Pesawat An-28 hilang dari radar, selamat mendarat - Utusan Malaysia

Pesawat An-28 hilang dari radar, selamat mendarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Sebuah pesawat Rusia membawa 19 penumpang dan anak kapal yang hilang dari radar di Siberia, dilaporkan selamat mendarat.

Lapor Al Jazeera, Kementerian Situasi Kecemasan Rusia turut mengesahkan kesemua penumpang dan anak kapal yang menaiki pesawat Antonov An-28 juga berada dalam keadaan selamat.

Pesawat dikendalikan oleh syarikat penerbangan SiLA dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan ketika dalam penerbangan dari pekan Kedrovy ke bandar Tomsk.

Namun, pesawat itu berjaya dikesan selepas beberapa helikopter dikerahkan untuk mencari kapal terbang tersebut.

Menurut kementerian, semua penumpang dan anak kapal sudah dipindahkan daripada lokasi tersebut.

Kejadian itu berlaku selepas pesawat serupa, Antonov An-26 terhempas di Semenanjung Kamchatka di Wilayah Timur Jauh, Rusia sehingga mengorbankan 28 orang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN