Operasi SAR dihentikan, tumpu cari kotak hitam - Utusan Malaysia

Operasi SAR dihentikan, tumpu cari kotak hitam

PASUKAN tentera Filipina mengusung mayat mangsa nahas pesawat terhempas di Jolo, wilayah Sulu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PATIKUL: Pihak berkuasa Filipina semalam menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa nahas pesawat tentera yang terhempas di di Jolo, Sulu.

Insiden itu menyaksikan 50 orang maut termasuk tiga penduduk awam dan 53 yang lain cedera.

Pesawat Hercules C-130 itu membawa seramai 96 penumpang dengan kebanyakannya merupakan anggota tentera yang baru tamat pengajian apabila ia terhempas ketika cuba mendarat.

Jurucakap tentera, Cirilito Sobejana berkata kepada CNN Philippines, operasi SAR sudah ditamatkan selepas semua mangsa ditemukan, sama ada yang terselamat mahupun sudah meninggal dunia.

Katanya, ketika ini pasukan tentera menumpukan pencarian kotak hitam pesawat di sekitar lokasi nahas.

Dalam pada itu, seorang lagi jurucakap tentera, Edgard Arevalo menyatakan sejumlah anggota tentera sudah dikerah untuk mengumpul semua serpihan bangkai pesawat untuk diteliti bagi mencari punca nahas.

“Setiap serpihan yang ditemukan akan dijadikan bahan bukti untuk mengenal pasti punca kejadian.

“Selain keterangan beberapa saksi, kami juga bertungkus-lumus mencari kotak hitam pesawat berkenaan,” katanya.

Selain itu, beliau menegaskan, pasukan tentera juga memastikan keselamatan di lokasi nahas diletakkan pada tahap tertinggi bagi mengelak sebarang ancaman serangan kumpulan militan.

Sementara itu, Arevalo menyifatkan nahas yang berlaku merupakan insiden paling teruk dalam sejarah ketenteraan Filipina.

Jelasnya, negara ini berdepan dengan detik hitam apabila pesawat tentera PAF C-47 terhempas pada 1971 dengan mengorbankan 40 anggota tentera. – AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya