Dua lelaki maut tertimbus melombong emas tanpa lesen

Dua lelaki maut tertimbus dipercayai melombong emas tanpa lesen

emas
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tertimbus di kawasan anak sungai Ladang Sawit Jerimbong, Jeli, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Dua lelaki yang ditemukan maut akibat tertimbus ketika melombong emas di kawasan ladang sawit Kampung Jerimbong, Kuala Balah di sini, semalam dipercayai melakukan aktiviti itu tanpa lesen.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintenden Kamarulzaman Harun berkata, maklumat tersebut hasil siasatan yang mendapati kedua-dua mangsa berusia 32 tahun dan 38 tahun melakukan kerja melombong emas di lokasi tersebut tanpa lesen.

“Kita menerima  maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 6.30 petang. Pasukan bomba mengambil masa kira-kira dua jam sebelum kedua-dua mangsa dibawa keluar.

“Mayat mangsa bawa ke Unit Forensik Hospital Jeli bagi tujuan bedah siasat pada pukul 10 pagi ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kamarulzaman berkata, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti perlombongan secara haram kerana ia berisiko dan berdepan tindakan undang-undang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN