17 Pesuruhjaya Kehakiman baharu angkat sumpah

17 Pesuruhjaya Kehakiman baharu angkat sumpah

WAN Ahmad Farid Wan Salleh (duduk, tengah), Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais (duduk, lima kiri), Hakim Besar Malaya, Datuk Seri Hashim Hamzah (duduk, lima kanan), Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi (duduk, empat kiri) bersama kesemua 17 Pesuruhjaya Kehakiman yang baharu dilantik berkuat kuasa hari ini, di Istana Kehakiman, di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zaman Mohd. Noor antara 17 Pesuruhjaya Kehakiman baharu mengangkat sumpah jawatan dan taat setia dalam satu istiadat di hadapan Ketua Hakim Negara, Tun Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Majlis Penyampaian Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia Pesuruhjaya Kehakiman itu berlangsung di Istana Kehakiman, di sini hari ini.

Istiadat berkenaan menyaksikan 17 individu melafazkan ikrar sebagai Pesuruhjaya Kehakiman untuk menjalankan fungsi kehakiman di Mahkamah Tinggi berkuat kuasa hari ini.

Pada majlis itu, Wan Ahmad Farid menyampaikan surat cara lantikan kepada kesemua Pesuruhjaya Kehakiman yang baharu disusuli dengan sesi mengangkat sumpah jawatan dan taat setia.

Selain Zamani, antara yang mengangkat sumpah Pengarah Mahkamah Negeri Melaka, Elesabet Paya Wan; Pengarah Mahkamah Negeri Johor, Mohd. Azhar Othman dan Timbalan Ketua Bahagian Penyelidikan Jabatan Peguam Negara (AGC), Norhayati Ahmad.

Turut dilantik ialah Peguam Kanan Persekutuan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri, Helina Sulaiman; Pengerusi Mahkamah Perusahaan Malaysia Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman; Timbalan Pengerusi Tribunal Rayuan Kastam, Suraiya Mustafa Kamal serta Ketua Unit Jenayah Seksual dan Keganasan Domestik Bahagian Pendakwaan AGC, Nor Azizah Mohamad.

Selain itu, Pengarah Pejabat Pendakwaan Negeri Sembilan, Ku Hayati Ku Haron; peguam, Tan Swee Cheng; Chan Kheng Hoe; Ariff Azami Hussein; Marianne Antoinette Ghani; Wan Azliana Wan Adnan; Mohamad Nor Azam Rashid Zainol Rashid; S. Kalwant Singh dan T. Kumar turut menerima pelantikan sebagai Pesuruhjaya Kehakiman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN