Mongolia lapor 1,496 kes baharu Covid-19 - Utusan Malaysia

Mongolia lapor 1,496 kes baharu Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ULAN BATOR: Mongolia melaporkan sebanyak 1,496 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, dengan kesemuanya membabitkan penularan tempatan.

Lapor Xinhua, Kementerian Kesihatan Mongolia memaklumkan jumlah keseluruhan kes positif kini meningkat kepada 139,284 kes.

Menurut kementerian, sebanyak lima kes kematian Covid-19 dicatatkan sekali gus menjadikan jumlah korban keseluruhan meningkat kepada 689 kes.

Sebanyak 3,858 kes pulih daripada jangkitan Covid-19 dilaporkan.

Jelas kementerian itu, sehingga kini, jumlah keseluruhan kes pulih adalah sebanyak 107,525 kes.

Tambah kementerian, sebanyak 55.2 peratus penduduk Mongolia sudah menerima suntikan lengkap vaksin Covid-19.

Mongolia melancarkan kempen vaksinasi di seluruh negara pada akhir Februari lalu, dengan tujuan menyasarkan sekurang-kurangnya 60 peratus penduduk menerima suntikan vaksin Covid-19. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN