Makmal mega pertama Covid-19 dibuka di Britain - Utusan Malaysia

Makmal mega pertama Covid-19 dibuka di Britain

MAKMAL Rosalind Franklin yang dibuka sejak Selasa akan memproses lebih 150,000 ujian calitan Covid-19. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Makmal mega pertama di Britain sudah dibuka dengan sasaran dapat memproses ratusan ribu ujian calitan Covid-19 setiap hari.

Daily Mail melaporkan, Setiausaha Kesihatan, Sajid Javid berkata, fasiliti di Leamington Spa akan menjadi pusat rujukan pandemik di United Kingdom (UK) selepas perintah berkurung berakhir.

Makmal Rosalind Franklin turut melakukan ujian analisis sampel positif bagi mutasi untuk mengesan kemunculan varian baharu.

Beroperasi sebagai sebahagian daripada rangkaian ujian dan kesan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS), ‘detektif penyakit’ di makmal itu bertujuan mengehadkan jangkitan virus melalui ujian.

Penubuhan makmal itu turut menawarkan 1,500 peluang pekerjaan kepada orang ramai.

Pihak kementerian turut berharap makmal baharu itu mampu melaksanakan 600,000 ujian tambahan setiap hari, di samping sejuta ujian tambahan dilakukan.

Sebilangan besar ujian harian dilakukan menggunakan peralatan aliran lateral dan sebab itu sampel tidak perlu dihantar ke makmal seperti ujian PCR.

Makmal mega baharu itu lebih besar dari kemudahan kerajaan di Lighthouse yang mampu memproses ujian PCR semasa pandemik serta berkeupayaan memproses lebih 70,000 ujian calitan Covid-19 setiap hari.

Lebih 200 juta ujian Covid-19 dihantar ke UK sejak dua pesakit pertama dikesan menghidap virus itu, Januari lalu.

Namun, permintaan untuk ujian itu akan mencapai tahap tertinggi dalam beberapa minggu akan datang, dengan para menteri menyasarkan 100,000 kes sehari Ogos depan selepas Hari Kebebasan 19 Julai depan.

Jabatan Kesihatan berkata, makmal itu akan memainkan peranan yang sangat diperlukan dalam berhadapan varian baharu yang menjadi perhatian serta ancaman penyakit pada masa depan.

Selain memberikan keupayaan ujian tambahan bagi memastikan wabak dapat dikawal pada masa depan, makmal juga melakukan penjujukan genomik sampel positif.

Makmal turut menggunakan mesin yang dapat menganalisis sampel mutasi dalam hanya tempoh dua hari.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya