Kementerian Pendidikan dedah kes bunuh diri libatkan anak muda meningkat 37.95 peratus - Utusan Malaysia

Kementerian Pendidikan dedah kes bunuh diri libatkan anak muda meningkat 37.95 peratus

Tikam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Kes bunuh diri dalam kalangan anak muda berusia antara 10 hingga 19 tahun naik 37.95 peratus pada tahun lalu berbanding 2019 dan berlaku semasa pandemik Covid-19, dedah Menteri Pendidikan, Chan Chun Sing.

Berita Mediacorp melaporkan, menjawab soalan Murali Pillai, Anggota Parlimen SMC Bukit Batok, beliau berkata, kesejahteraan pelajar, termasuk kesihatan mental mereka ‘amat penting’ kepada Kementerian Pendidikan (MOE).

“Kami sedang memantau dengan teliti isu pelajar membunuh diri. Sebab di sebalik berlaku kejadian bunuh diri adalah rumit.

“Sering terdapat beberapa sebab, termasuk masalah hubungan dengan orang dewasa dan rakan sebaya, isu kesihatan mental, masalah berkaitan akademik dan masalah peribadi.

“Kami mendapati situasi Covid-19 memburukkan lagi sebab-sebab tekanan sedia ada. Ini termasuk kekecewaan disebabkan gangguan kepada rutin seharian, ketidaktentuan masa hadapan yang semakin meningkat dan konflik yang bertambah di rumah disebabkan sekatan pergerakan,” katanya dalam jawapan bertulis.

Beliau berkata, pemerhatian-pemerhatian itu sejajar dapatan kajian antarabangsa yang menunjukkan ‘pandemik menambah tekanan psikologi dan isu-isu berkaitan kesihatan mental dalam kalangan belia’.

Memetik data Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), Chun Sing berkata, kadar berlakunya insiden bunuh diri dalam kalangan mereka yang berusia antara 10 dengan 19 tahun meningkat daripada 4.0 bagi setiap 100,000 orang pada 2019 kepada 5.5 bagi setiap 100,000 orang pada tahun lalu.

Ini membentuk kenaikan 37.5 peratus.

Beliau memberi jaminan bahawa sekolah-sekolah di Singapura dan institut pengajian tinggi (IHL) sedang menangani isu-isu kesejahteraan mental dan daya tahan peribadi dalam kurikulum sekolah.

Para guru dan kakitangan juga dilatih mengenal pasti tanda-tanda tekanan dalam kalangan pelajar, memantau kesejahteraan mereka dan menghulurkan bimbingan serta sokongan, kata beliau.

Beliau menambah, sewaktu Covid-19, MOE memperkenalkan langkah-langkah lanjut seperti guru menanya khabar pelajar untuk memantau dengan teliti kesejahteraan mereka serta masa dalam bilik darjah juga dimanfaatkan untuk mengajar bagaimana untuk menangani pandemik tersebut.

Awal bulan ini, Samaritans of Singapore (SOS), pusat mencegah kes bunuh diri menarik perhatian kepada bilangan insiden bunuh diri di Singapura pada 2020 yang mencecah jumlah tertinggi sejak 2012 sementara bilangan kes dalam kalangan warga berusia 60 tahun dan ke atas adalah yang paling tinggi sejak 1991.

Data ICA yang dipetik SOS mendedahkan tentang insiden bunuh diri dalam golongan usia 10 hingga 29 tahun tetapi tidak memberi perangkaan bagi lingkungan usia antara 10 dengan 19 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.