Guru Islam terpaksa ambil cuti tanpa gaji untuk sambut Aidiladha - Utusan Malaysia

Guru Islam terpaksa ambil cuti tanpa gaji untuk sambut Aidiladha

GURU beragama Islam di Sekolah Arbour Vale terpaksa ambil cuti tanpa gaji bagi menyambut Aidiladha. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Beberapa guru beragama Islam di sebuah sekolah di tenggara England terpaksa mengambil cuti tanpa gaji untuk menyambut Hari Raya Aidiladha.

Metro melaporkan, kejadian itu berlaku kepada guru beragama Islam di Sekolah Arbour Vale di Slough, baru-baru ini.

Kumpulan guru tersebut dibenarkan mengambil cuti bergaji sehari sahaja untuk menyambut Aidiladha kerana kebanyakannya sudah menggunakan cuti tahun untuk Hari Raya Aidilfitri.

Sehubungan itu, kumpulan guru berkenaan cuba mencabar peraturan tersebut, namun mereka perlu melakukannya secara berhati-hati memandangkan sekolah terbabit turut memperkenalkan satu lagi polisi baharu.

Polisi baharu itu menyaksikan golongan guru tidak dibenarkan bercakap atau memberi sebarang kenyataan kepada media.

“Saya akan perjuangkan isu ini dan saya akan bersuara. Ini bukanlah soal dibayar gaji atau tidak, tetapi lebih kepada isu berkaitan prinsip. Mereka tidak mahu faham atau ambil tahu,” kata seorang daripada guru tersebut.

Setiausaha kesatuan kerja Slough, Anthony Bardose berkata, dipaksa bekerja pada hari perayaan amat tidak munasabah.

Katanya, perayaan perlu diraikan dengan penuh rasa syukur dan kegembiraan, bukannya secara terpaksa dan dalam keadaan tertekan.

Beliau juga mengkritik polisi baharu sekolah tersebut yang melarang guru daripada bercakap kepada media.

“Mereka (pihak sekolah) sengaja mewujudkan polisi ini supaya golongan guru takut untuk bersuara, sekali gus mendiamkan perkara yang tidak sepatutnya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya