Eropah enggan buka mulut mengenai campur vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

Eropah enggan buka mulut mengenai campur vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Agensi Perubatan Eropah (EMA) enggan membuat sebarang cadangan mengenai mencampurkan dua jenis vaksin Covid-19 atau pemberian dos ketiga dengan menegaskan perkara itu masih terlalu awal untuk diputuskan.

Namun, agensi itu menyatakan, kesemua jenis vaksin Covid-19, sama ada Pfizer, Moderna dan AstraZeneca diperlukan untuk melindungi penduduk daripada varian Delta.

Beberapa negara sebelum ini membuat keputusan untuk mencampurkan dua jenis vaksin Covid-19 berlainan yang didakwa boleh meningkatkan tahap imunisasi.

“Semua negara yang memilih untuk mencampurkan dua vaksin berlainan perlu memastikan strategi itu bersesuaian dengan pandangan pakar epidemiologi dan situas jangkitan semasa,” jelas EMA dalam kenyataan.

Satu kajian yang dilakukan Universiti Oxford pada bulan lalu menunjukkan pemberian vaksin Pfizer dalam tempoh empat minggu selepas vaksin AstraZeneca diberikan boleh menghasilkan tindak balas imun yang lebih baik berbanding memberi dos kedua vaksin AstraZeneca.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Eropah (ECDC) sebelum ini menjangkakan varian Delta akan menyumbang 99 peratus kes jangkitan di benua ini menjelang akhir Ogos.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula berpendapat varian Delta akan menjadi dominan di seluruh dunia dalam tempoh beberapa bulan akan datang. – REUTERS

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya