MH17: Panel hakim teliti laluan peluru berpandu BUK - Utusan Malaysia

MH17: Panel hakim teliti laluan peluru berpandu BUK

SERPIHAN bangkai pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada Julai 2014. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

THE HAGUE: Tertuduh yang menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines, MH17 di timur Ukraine pada 2014 memberitahu kepada mahkamah bahawa mereka memindahkan semula peluru berpandu BUK ke Rusia.

Panel hakim turut meneliti laluan yang digunakan untuk membawa peluru berpandu tersebut yang memusnahkan pesawat MH17, menyaksikan kesemua 298 penumpang, termasuk 196 rakyat Belanda terkorban.

Pasukan penyiasat memaklumkan peluru berpandu itu ditempatkan berhampiran pekan Pervomayski yang dikawal oleh kumpulan pemisah Ukraine.

Mahkamah memaklumkan, tindakan memintas sistem komunikasi menunjukkan strategi pertahanan segera dilakukan sebaik sahaja pesawat itu ditembak jatuh dengan menyatakan kapal terbang berkenaan dilanggar jet pejuang tentera Ukraine yang kemudiannya ditembak jatuh oleh peluru berpandu Rusia.

Tiga warga Rusia iaitu Oleg Pulatov, Igor Gikin dan Sergei Dubinskin serta seorang rakyat Ukraine, Leonid Kharchenko didakwa atas tuduhan membunuh selepas pesawat itu meletup di udara ketika penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Peluru berpandu itu dipercayai dimiliki Briged ke-53 Peluru Berpandu Anti Pesawat Rusia yang berpangkalan di Kursk.

Panel hakim awal minggu ini memaklumkan mahkamah akan meneliti tiga persoalan utama iaitu sama ada pesawat MH17 ditembak oleh peluru berpandu Rusia, lokasi dari mana peluru berpandu itu dilancarkan dan peranan empat suspek dalam nahas terbabit. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya