ICU hospital Rusia terbakar, tiga maut - Utusan Malaysia

ICU hospital Rusia terbakar, tiga maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Sebanyak orang meninggal dunia dalam satu kebakaran berlaku di sebuah hospital di bandar Ryazan di Rusia.

Pihak berkuasa tempatan memaklumkan kebakaran itu kemungkinan disebabkan ventilator yang rosak.

Kebakaran itu berlaku di unit rawatan insentif (ICU) di sebuah hospital di Ryazan, kira-kira 200 kilometer (km) tenggara Moscow.

Jawatankuasa Penyiasat menerusi kenyataan memaklumkan kejadian itu berlaku kira-kira 3.30 pagi (waktu tempatan).

Jelas kenyataan itu, tiga orang maut akibat terhidu gas karbon monoksida manakala tujuh lagi sedang menerima rawatan.

Satu siasatan telah dilancarkan atas dakwaan `kematian disebabkan kecuaian’.

Penyiasat berkata, pihaknya masih sedang menyiasat punca kebakaran itu.

Bagaimanapun, Gabenor Ryazan, Nikolay Lyubimov menyatakan kebakaran itu mungkin disebabkan ventilator.

“Di salah sebuah wad ICU di hospital terbabit, seorang pesakit dalam keadaan serius menggunakan ventilator.

“Nampaknya, ventilator itu terbakar,” kata Lyubimov kepada stesen televisyen tempatan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN