Covid-19: China guna dron pantau pergerakan penduduk - Utusan Malaysia

Covid-19: China guna dron pantau pergerakan penduduk

SEBUAH dron menyembur pembasmi kuman di sebuah kampung di Pingdingshan di wilayah Henan, tengah China. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China menggunakan sebanyak 60 unit dron di Guangzhou untuk memantau pergerakan penduduknya agar kekal berada di rumah susulan peningkatan kes jangkitan Covid-19.

Lapor Metro, China memutuskan untuk menggunakan pesawat tanpa pemandu (UAV) tersebut selepas varian Delta yang mudah berjangkit ditemukan di republik ini.

Secara keseluruhannya, sebanyak enam kes strain baharu yang pertama kali ditemukan di India, dilaporkan dikesan di Guangzhou dalam tempoh 24 jam, sekali gus meningkatkan jumlah jangkitan kepada 100 kes.

Dron yang dikendalikan oleh polis itu, dilengkapi dengan kamera dan berfungsi menyampaikan mesej kepada penduduk berkeliaran di luar, untuk berada di dalam rumah.

Dron tersebut juga akan mengingatkan penduduk untuk memakai pelitup muka tiap kali ketika keluar dari rumah.

Penggunaan dron menambah kepada senarai pemantauan sedia ada termasuk pengesahan kesihatan menerusi telefon bimbit, pemeriksaan suhu dan kuarantin untuk penduduk yang tinggal atau mengunjungi kawasan risiko jangkitan wabak tinggi.  

Guangzhou melaksanakan perintah kawalan pergerakan di beberapa kawasan kejiranan, melarang perjalanan rentas bandar dan wilayah lain serta mengenakan penutupan tempat hiburan.

Minggu lalu, kes varian Delta meningkat kepada 42,323 kes di United Kingdom (UK) iaitu peningkatkan sebanyak 29,892 kes. – AGENSI    

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.