Lima individu direman 15 hari bantu siasat kes culik

Lima individu direman 15 hari bantu siasat kes culik

SUSPEK wanita direman bagi membantu siasatan berhubung kes culik di Mahkamah Pasir Mas, Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Seramai lima individu termasuk seorang wanita ditahan reman selama 15 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes culik di Tumpat, Jumaat lalu.

Perintah reman ke atas semua suspek berusia 20 hingga 30-an itu dikeluarkan oleh Majistret Syed Farid Syed Ali sehingga 22 Jun ini.

Ia bagi membolehkan semua suspek disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Penculikan 1961.

Terdahulu, suspek yang memakai pakaian lokap tiba di pekarangan Mahkamah Pasir Mas menaiki trak dengan diiringi anggota polis pada pukul 8.50 pagi.

Difahamkan, kesemua suspek yang ditahan semalam dipercayai menculik seorang lelaki berusia 51 tahun menggunakan senjata api.

Kejadian itu menyebabkan banyak sekatan jalan raya dijalankan oleh pihak polis terutama di sekitar Pasir Mas, Tumpat dan Kota Bharu bagi menangkap suspek. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN