Bapa sanggup payung anak demi kelas online - Utusan Malaysia

Bapa sanggup payung anak demi kelas online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KARNATAKA: Seorang bapa sanggup berkorban dengan basah lencun akibat hujan lebat demi memastikan anaknya dapat mengikuti sesi pembelajaran secara dalam talian.

Bapa itu dilihat memegang payung ketika anak perempuannya duduk di pembahagi jalan sambil melihat telefon bimbit.

Mereka tinggal di kampung Balakka, Sullia Taluk di Dakshina Kannada dan pelajar itu memaklumkan susah mendapat capaian internet di rumahnya.

Disebabkan itu, Udit Shyam sering meredah keluar dari kampung bagi mencari jaringan internet yang laju.

“Saya sedang melanjutkan pengajian ijazah di universiti. Di kawasan kampung susah mendapat capaian internet sedangkan saya mempunyai kelas dalam talian.

“Semasa pandemik Covid-19, seramai 30 hingga 40 pelajar datang ke sini demi menghadiri kelas secara maya itu. Kebiasaannya, kami akan datang pada pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari, kemudian bersambung selepas pukul 2 petang,” katanya. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya