fbpx

Roket Long March 5B dijangka terhempas

ROKET Long March 5B yang membawa modul utama stesen angkasa lepas, dilancarkan dari Pusat Pelancaran Angkasa Lepas Wenchang, wilayah Hainan, selatan China, minggu lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sebuah roket yang dilancarkan oleh China dan ketika ini dilaporkan gagal dikawal, dijangka terhempas ke Bumi pada hujung minggu ini.

Lapor Metro, roket Long March 5B yang dilancarkan pada Khamis lalu sepatutnya sudah melakukan pendaratan di Bumi.

Bagaimanapun, pegawai agensi angkasa lepas China dikatakan hilang kawalan terhadap roket tersebut.

Beberapa pakar bimbang serpihan kapal angkasa itu boleh jatuh di kawasan penempatan penduduk.

Seorang ahli astronomi yang mengesan objek mengorbit Bumi memberitahu Spacenews bahawa roket itu melintasi Bumi lebih jauh ke utara seperti New York, Madrid dan Beijing serta bahagian selatan seperti selatan Chile dan Wellington, New Zealand.

Dilaporkan, serpihan daripada roket seberat 21 tan itu boleh jatuh di mana-mana sahaja dalam lingkungan kawasan terbabit.


Berdasarkan pengesan satelit, roket itu bergerak pada kelajuan lebih 6.43 kilometer per saat.

“Ini petanda yang tidak baik. Sebelum ini, roket Long March 5B pernah dilancarkan dan akhirnya serpihan kapal angkasa itu jatuh sehingga merosakkan beberapa bangunan di Ivory Coast.

“Meskipun kebanyakan serpihan roket itu sudah terbakar namun batang-batang logam besar jatuh ke atas bangunan itu, nasib baik tiada sesiapa yang cedera,” kata McDowell yang bekerja di Pusat Astrofizik di Universiti Harvard.  

Roket Long March 5B yang dilancarkan pada minggu lalu dilaporkan membawa modul pertama stesen angkasa lepas kekal China.

Beijing merancang melancarkan sekurang-kurangnya 10 misi serupa yang membawa lebih banyak modul sebelum stesen angkasa lepas Tiangong siap dibina pada tahun depan.

 

 

 

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI