JDT buru penutup musim sempurna

JDT buru penutup musim sempurna

Ketua Jurulatih JDT FC, Xisco Munoz (kiri) dan pemain JDT FC, Bergson da Silva ketika bergambar selepas sidang media Pra-Perlawanan Akhir Piala Malaysia menentang Kuching City FC di Stadium Bukit Jalil di sini, semalam. Gambar ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta’zim (JDT) memasang impian untuk menutup musim ini dengan penuh gemilang di pentas final Piala Malaysia, malam ini.

Ketua jurulatih JDT, Xisco Munoz berkata, tumpuan penuh perlu diberikan terhadap aksi menentang Kuching City FC yang menjanjikan tentangan fizikal bertaraf tinggi.

Katanya, Kuching City dibawah kendalian Aidil Sharin Sahak adalah pasukan di kedudukan kedua liga yang hanya melepaskan 14 gol sepanjang kempen.

“Perlawanan menentang mereka sebelum ini sentiasa berkesudahan dengan margin tipis seperti 1-0 dan 2-1.

“Pemain perlu tampil dengan prestasi dan versi terbaik mereka kerana aksi esok (malam ini) pasti menuntut komitmen maksimum. Ia adalah pertembungan antara dua pasukan terbaik di Malaysia ketika ini,

“Keseimbangan penggiliran membabitkan pemain import dan tempatan menjadi fokus utama bagi memastikan pasukan turun dengan tahap kecergasan optimum,” katanya.

Sementara itu, penyerang prolifik JDT, Bergson Da Silva berkata, motivasi dan rasa laparkan kejuaraan dalam kem Harimau Selatan tidak pernah luntur demi memenuhi harapan penyokong.

Katanya, jersi JDT itu berat untuk disarung kerana jangkaan orang ramai sentiasa tinggi setiap kali mereka melangkah ke final.

“Semangat kami perlu kekal sama atau lebih tinggi kerana semakin banyak yang kami capai, semakin tinggi harapan diletakkan. Esok (malam ini) adalah hari untuk kami kembali mempamerkan karakter sebenar. Kami memerlukan sokongan anda di stadium.

“Kami akan berikan segalanya di atas padang untuk membawa pulang piala ke Johor,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN