PBB desak Israel hentikan pengusiran paksa - Utusan Malaysia

PBB desak Israel hentikan pengusiran paksa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendesak Israel supaya menghentikan segera pengusiran secara paksa di Jerusalem timur kerana tindakan itu membawa kepada ‘jenayah perang’.

Desakan itu disampaikan oleh Jurucakap pejabat PBB di Geneva, Rupert Colville selepas insiden 15 rakyat Palestin ditangkap di Jerusalem dalam pertempuran dengan pihak polis mengenai ancaman pengusiran terhadap empat keluarga Palestin.

Rusuhan yang berlaku buat malam kedua berturut-turut di kejiranan Sheikh Jarrah didorong oleh pertikaian tanah selama bertahun-tahun antara penduduk Palestin dengan peneroka haram Yahudi di daerah strategik berhampiran kota tua Jerusalem.

Ketegangan disebabkan oleh kes undang-undang yang berlanjutan lama terhadap rumah empat keluarga Palestin di kawasan tanah yang dituntut oleh orang Yahudi.

Kes itu akan dibicarakan di Mahkamah Agung, Isnin depan.

“Kami ingin menegaskan Jerusalem timur tetap menjadi wilayah-wilayah Palestin yang dijajah dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa terpakai.

“Kekuasaan penjajah tidak dapat merampas harta benda persendirian di wilayah yang diduduki,” kata Colville.

Beliau malah menjelaskan memindahkan penduduk awam ke wilayah yang diduduki adalah salah di sisi undang-undang antarabangsa serta dianggap sebagai jenayah perang.

Colville juga menuntut Israel menghentikan tindakan yang menyebabkan risiko pemindahan secara paksa.

“Kami menggesa Israel menghormati kebebasan berhimpun termasuk mereka yang melakukan protes terhadap pengusiran serta mengelakkan menggunakan sebarang kekuatan,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya