Pantai Sri Lanka dipenuhi serpihan kapal kontena terbakar - Utusan Malaysia

Pantai Sri Lanka dipenuhi serpihan kapal kontena terbakar

ANGGOTA tentera laut Sri Lanka membersihkan serpihan dan sisa plastik yang dihanyutkan dari kapal kontena MV X-Press Pearl di sebuah pantai di Colombo. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO: Beberapa tan serpihan dan sisa plastik yang hangus daripada kapal kontena yang terbakar, dilaporkan terdampar di pantai berhampiran ibu negara Sri Lanka.

Lapor BBC, pihak berkuasa Sri Lanka menyifatkan kejadian itu sebagai krisis pencemaran pantai terburuk dalam sejarah negara itu.

Menurut Lembaga Alam Sekitar dan Perlindungan Laut (MEPA) Sri Lanka, pencemaran mikroplastik itu boleh mengakibatkan kemusnahan ekologi selama bertahun-tahun di Laut Hindi.

Minggu lalu, sebuah kapal kontena yang membawa muatan bahan kimia, meletup dan terbakar ketika berlabuh di ibu negara Sri Lanka.

Kapal MV X-Press Pearl berlabuh di 18 kilometer (km) barat laut Colombo yang sedang menunggu giliran untuk memasuki kawasan pelabuhan.

Menurut tentera laut Sri Lanka, kapal kontena MV X-Press Pearl yang didaftarkan di Singapura itu, membawa 25 tan asid nitrik serta bahan kimia dan kosmetik.

Sebanyak lapan daripada hampir 1,500 kontena jatuh ke laut pada Selasa lalu yang mana salah sebuah daripadanya terdampar di pantai Negombo kira-kira 40 kilometer (km) dari Colombo.

Semalam, Ketua Tentera Laut Sri Lanka, Nishantha Ulugetenne berkata, operasi memadamkan kebakaran dijangka berlanjutan sehingga beberapa hari lagi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya