Maut selepas vaksin, jenazah Trio akan dibedah siasat - Utusan Malaysia

Maut selepas vaksin, jenazah Trio akan dibedah siasat

KELUARGA Trio berdoa di pusaranya.. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Jenazah seorang pemuda yang meninggal dunia selepas menerima suntikan vaksin AstraZeneca akan menjalani proses bedah siasat. 

Lapor Tribunnews, Trio Fauqi Firdaus yang berasal dari Buaran, Jakarta Timur mendapat liputan meluas oleh pihak media selepas dia menerima suntikan vaksin, 5 Mei lalu. 

Menurut keluarganya, Trio mengalami sakit kepala, sakit tulang dan demam selepas divaksin. 

Malah, keadaannya semakin teruk pada keesokan harinya sehingga dia menghembuskan nafas terakhir. 

Susulan itu, pihak keluarga menuntut penjelasan Kementerian Kesihatan dan Perkhidmatan Kesihatan Jakarta mengenai suntikan vaksin AstraZeneca yang diterima lelaki tersebut. 

Kakak mangsa berkata, bedah siasat itu bertujuan mengenal pasti punca sebenar kematian adiknya. 

“Sebelum bedah siasat dijalankan, pihak keluarga sudah menandatangani dokumen persetujuan serta dijelaskan oleh hospital mengenai apa sahaja ujian yang akan dilakukan. 

“Kami berharap jika benar punca kematian arwah disebabkan vaksin, kerajaan perlu mengakui perkara itu, dan jika bukan, kami tetap menuntut penjelasan terperinci mengenai sebab kematiannya,” jelasnya.   

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya