Jijo mahu ‘gegar’ Glasgow

Jijo mahu ‘gegar’ Glasgow

aguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang bersaing bersama atlet berbasikal Johor, Mohamad Akmal Nazimi Jusena dalam acara akhir Sprint Lelaki Elit pada Kejohanan Trek Kebangsaan Velodrom Nasional Nilai. GAMBAR: FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NILAI: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menganggap kejayaan mengungguli acara 1 kilometer (km) ujian masa pada Kejohanan Trek Kebangsaan 2026 sebagai petanda positif menjelang Sukan Komanwel Glasgow bulan depan.

Pelumba berusia 38 tahun itu berkata, perlumbaan tersebut digunakan sebagai medan terbaik untuk menguji tahap kecergasannya selain menilai keberkesanan program latihan yang sedang dijalankan.

Menurut Azizulhasni, beliau tidak meletakkan sasaran tinggi dalam ujian masa itu kerana tujuan utamanya hanyalah mendapatkan gambaran sebenar mengenai keadaan fizikal menjelang kejohanan lebih besar.

“Saya rasa acara ini masa terbaik untuk saya melihat keadaan semasa dan menguji tahap persediaan saya kerana bukan setiap hari kita boleh buat latihan seperti ini.

“Kali terakhir saya buat acara ini mungkin dua atau tiga tahun lalu dan saya cuma berharap dapat mencatat masa sekitar 1:02 saat,” katanya.

Azizulhasni yang mewakili Team Azizul membuktikan keunggulannya apabila meraih pingat emas menerusi catatan 1 minit 1.134 saat (s) untuk menewaskan wakil Melaka, Muhammad Hafiq Mohd Jafri yang meraih perak dengan masa 1:02.584s manakala gangsa menjadi milik pelumba Selangor, Muhammad Fadhil Zonis menerusi catatan 1:02.948s.

Lebih membanggakan, catatan tersebut dilakar tanpa menggunakan kelengkapan perlumbaan penuh yang lazim digunakan pada kejohanan utama.

“Saya tidak memakai speed suit, shoe cover atau apa-apa kelengkapan khas dan sebab itu saya rasa catatan 1:01 saat ini agak mengagumkan.

“Pada masa sama saya gembira kerana berjaya mengatasi masa yang pernah dilakukan Rizal Tisin walaupun saya sebenarnya tidak pernah terfikir untuk memecahkan rekod itu,” ujarnya.

Mengulas persiapan ke Glasgow, Azizulhasni berkata beliau kini hanya mahu memberi tumpuan kepada fasa terakhir latihan sambil memastikan tahap pemulihan dan rehat berada pada tahap optimum.

Katanya, baki lima hingga enam minggu sebelum berlepas ke Scotland perlu dimanfaatkan sebaik mungkin kerana aspek pemulihan dan mengelakkan kecederaan kini menjadi keutamaan dalam usaha mencapai prestasi terbaik di pentas Komanwel.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN