Israel catat kerugian lebih RM8 bilion - Utusan Malaysia

Israel catat kerugian lebih RM8 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Sektor ekonomi Israel mengalami kerugian melebihi AS$2 bilion (RM8.3 bilion) seperti dilaporkan akhbar The Hebrew.

Akhbar itu memetik kenyataan pegawai kewangan yang berkata, selepas gencatan senjata diumumkan antara pejuang Hamas dan pengganas Israel, kerugian yang direkodkan mencecah 0.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Angka itu jauh lebih buruk daripada pencerobohan tentera Israel pada 2014, ketika ekonomi Israel kehilangan 0.3 peratus daripada KDNK dalam tempoh 51 hari.

Pegawai itu berkata, KDNK negara sekarang mencatatkan kerugian hampir AS$2.14 bilion.

Semasa pertempuran selama 11 hari, pejuang Hamas berupaya melancarkan serangan udara terhadap ketenteraan dan sektor ekonomi Israel termasuk platform gas Tamar dan Lapangan Terbang Ben Gurion.

Ibu kota Israel, Tel Aviv turut terkena serangan sehingga menjadikan kehidupan harian penduduk di negara itu terhenti seketika. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya