India: Pesakit Covid-19 ditemukan mati di tepi jalan - Utusan Malaysia

India: Pesakit Covid-19 ditemukan mati di tepi jalan

GAMBAR hiasan - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang lelaki yang berusia 56 tahun dan dijangkiti Covid-19, ditemukan mati di tepi jalan di Shimla, Himachal Pradesh pada petang semalam.

Lapor The Indian Express, polis berkata, mayat pesakit Covid-19 itu dijumpai berhampiran kawasan taman di Khalini kira-kira pukul 6 petang (waktu tempatan).

“Kami menerima panggilan mengenai lelaki ditemukan dalam keadaan terbaring tidak sedar diri di tepi jalan kawasan itu.

“Beberapa anggota polis kemudian bergegas ke lokasi itu dan membawa lelaki tersebut ke Hospital IGMC di Shimla untuk pemeriksaan.

“Sebaik tiba di unit kecemasan hospital, doktor mengesahkan lelaki itu sudah meninggal dunia sebelum dan mayatnya dibawa untuk bedah siasat,” kata pegawai dari Balai Polis Timur Shimla.

Menurut polis, hasil bedah siasat mendapati lelaki tersebut positif Covid-19.

Berdasarkan siasatan awal polis, individu itu dikenal pasti sebagai Sarjeet Singh dan bekerja di Jabatan Kerja Raya India.

Menurut polis, pihaknya sudah memaklumkan mengenai kematian lelaki itu kepada ahli keluarga mangsa.

India ketika ini berdepan dengan lonjakan kes jangkitan baharu dan kematian akibat pandemik Covid-19. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya