Imam ditampar ketika solat Subuh - Utusan Malaysia

Imam ditampar ketika solat Subuh

TANGKAP layar rakaman CCTV ketika lelaki itu menampar imam sewaktu solat Subuh di Masjid Baitul Arsyi, Pekan Baru, Riau. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN BARU: Seorang imam ditampar seorang lelaki berusia 21 tahun ketika memimpin solat Subuh di Masjid Baitul Arsy, Pekan Baru, Riau.

Lapor Kompas.com, Ketua Polis Pekan Baru, Nandang Mumin Wijaya berkata, suspek didapati mengalami gangguan jiwa dan dibawa menjalani pemeriksaan.

“Hasil keterangan daripada penduduk sekitar mendapati pelaku tinggal tidak jauh dari lokasi kejadian.

“Keluarga lelaki itu pula memaklumkan dia mengalami gangguan jiwa,” katanya.

Menurut Nandang, lelaki itu akan dihantar ke Hospital Sakit Jiwa Tampan sambil ditemani pihak keluarga.

“Pelaku menampar pipi mangsa, Juhri Ashari Hasibuan ketika menjadi imam solat Subuh dan aksi itu berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV). Lelaki itu ditangkap oleh jemaah masjid sebelum dibawa ke balai polis,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya