Covid-19: India rekod 1.57 juta kes baharu dalam tempoh seminggu - Utusan Malaysia

Covid-19: India rekod 1.57 juta kes baharu dalam tempoh seminggu

KELUARGA pesakit Covid-19 yang meninggal dunia menunggu untuk melakukan upacara pembakaran mayat di New Delhi, India. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENGALURU: India hari ini sekali lagi merekodkan peningkatan drastik bagi kes jangkitan harian Covid-19, sekali gus menjadikan jumlah kes baharu sepanjang minggu ini sebanyak 1.57 juta.

Gelombang kedua Covid-19 di India terus tidak terkawal dan jumlah keseluruhan kes ketika ini adalah sebanyak 21.49 juta.

Bagi hari ini, sebanyak 414,188 kes jangkitan baharu direkodkan, manakala kematian akibat wabak tersebut bertambah 3,915 dengan angka keseluruhan berjumlah 234,083.

Kumpulan pakar perubatan India menyatakan situasi sebenar di India adalah lima hingga 10 kali lebih teruk berbanding yang dilaporkan oleh kerajaan.

Perdana Menteri India, Narendra Modi sebelum ini dikritik hebat kerana gagal menangani ancaman Covid-19 sehingga menyaksikan semakin ramai penduduk terkorban akibat wabak tersebut.

Kerajaan pimpinannya juga diselar kerana lambat melaksanakan program vaksinasi sedangkan negara ini menjadi harapan dunia untuk mengekang penularan Covid-19. – REUTERS

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya