Covid-19: China tetapkan garis pemisah di Everest - Utusan Malaysia

Covid-19: China tetapkan garis pemisah di Everest

GUNUNG Everest-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Kerajaan China akan menetapkan `garis pemisah’ di puncak Gunung Everest dalam usaha mengelakkan pendaki negara itu bertembung dengan pendaki lain dari Nepal.

Usaha itu susulan pendaki gunung dan pihak berkuasa kem pangkalan Everest di Nepal memaklumkan berlaku pertambahan bilangan pendaki yang mempunyai gejala Covid-19.

Everest terletak di sempadan antara China dan Nepal serta pendaki boleh mendaki dari kedua-dua negara tersebut.

Lapor BBC, tidak dapat dipastikan bagaimana China akan melaksanakan arahan tersebut di gunung tersebut.

Sepasukan malim gunung Tibet dihantar ke puncak untuk menetapkan garisan tersebut.

Dilaporkan, ia bakal siap sebelum ketibaan sekumpulan pendaki China yang dalam perjalanan.

Pendaki yang mendaki dari negara China dilarang untuk bertembung dengan mana-mana pendaki dari bahagian Nepal.

Malah, mereka juga tidak dibenarkan untuk menyentuh sebarang objek yang diletakkan di puncak gunung itu.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN