Rezeki ‘hartawan Covid-19’ - Utusan Malaysia

Rezeki ‘hartawan Covid-19’

INDUSTRI peralatan serta perkhidmatan berkaitan Covid-19 menjana pendapatan lumayan untuk ahli perniagaan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Biarpun ekonomi dunia merudum selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan bermulanya pandemik Covid-19 pada 11 Mac 2020, terdapat sesetengah pihak yang meraih ‘kekayaan’ daripada situasi tersebut.

Berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh Forbes, terdapat 2,755 hartawan di seluruh dunia dengan 660 pertambahan dalam senarai tahun ini berbanding 2020.

Daripada 40 individu tersebut, 14 orang merupakan rakyat China dan juga melibatkan sembilan hartawan dari Amerika Syarikat (AS), lima (Kanada), empat (India), tiga (Jerman), satu (Perancis, Itali, Jepun dan Sepanyol).

Menurut Forbes, kekayaan kesemua 40 hartawan baharu itu dianggarkan bernilai AS$78 bilion (RM323 bilion).

Berikut adalah 10 daripada senarai 40 hartawan baharu 2021.

 

1) Li Jianquan dan keluarga (Hong Kong)

Nilai kekayaan: AS$6.8 bilion (RM28 bilion)

Jianquan merupakan pemilik syarikat Winner Medical yang mengeluarkan berbilion pelitup muka dan PPE yang digunakan oleh petugas perubatan di seluruh dunia sepanjang pandemik Covid-19.

LI JIANQUAN

 

2) Stephane Bancel (Perancis)

Nilai kekayaan: AS$4.3 bilion (RM17.8 bilion)

Merupakan CEO Moderna yang berpangkalan di Cambridge, Massachusetts dan vaksin Covid-19 keluaran syarikat itu sudah diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) pada 18 Disember 2020.

STEPHANE BANCEL

 

3) Liu Fangyi (China)

Nilai kekayaan: AS$4.2 bilion (RM17.4 bilion)

Fangyi adalah pengasas dan pengerusi syarikat Intco Medical yang mengeluarkan PPE, sarung tangan, pelitup muka dan cecair pembasmi kuman untuk tangan.

LIU FANGYI

 

4) Ugur Sahin (Jerman)

Nilai kekayaan: AS$4 bilion (RM16.6 bilion)

Ugur dan isterinya, Ozlem Turecim mengetuai BioNTech menghasilkan vaksin Covid-19 bersama syarikat farmaseutikal US, Pfizer. Vaksin itu diluluskan penggunaannya pada 11 Disember 2020.

 

5) Yuan Liping (Kanada)

Nilai kekayaan: AS$3.6 bilion (RM14.9 bilion)

Liping menerima 24 peratus saham dalam syarikat pengeluar vaksin, Shenzen Kangtai Biological Products selepas bercerai dengan suaminya yang merupakan pengerusi firma tersebut, Du Weimin pada 2020.

Syarikat itu menanda tangani perjanjian dengan syarikat farmaseutikal Britain, AstraZeneca pada Ogos lalu untuk menghasilkan sekurang-kurangnya 100 juta dos vaksin Covid-19.

 

6) Hu Kun (China)

Nilai kekayaan: AS$2.5 bilion (RM10.3 bilion)

Merupakan pengerusi syarikat Contec Medical Systems yang menghasilkan peralatan perubatan untuk paru-paru.

 

7) Chen Xiao Ying (China)

Nilai kekayaan: AS$2.4 bilion (RM9.9 bilion).

Wanita ini merupakan pelabur dalam bidang Tekonologi Maklumat Kesihatan Alibaba yang memeterai perjanjian bersama pengeluar vaksin Covid-19, Sinovac pada September tahun lalu untuk membantu kempen vaksinasi.

 

8) Dai Lizhong (China)

Nilai kekayaan: AS$2.4 bilion (RM9.9 bilion)

Merupakan pengerusi firma diagnostik, Sansure Biotech yang menghasilkan kit ujian Covid-19 dan mendapat keluluskan FDA pada Mei 2020.

 

9) Karin Sartorius-Herbst (Jerman)

Nilai kekayaan: AS$2.4 bilion (RM9.9 bilion)

Mempunyai saham dalam firma biofarma Sartiorus AS yang membekalkan peralatan untuk ujian Covid-19.

 

10) Prof. Timothy Springer (AS)

Nilai kekayaan: AS$2.2 bilion (RM9.1 bilion)

Merupakan pelabur di Moderna dengan 3.5 peratus saham.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya